Adf.ly and FB



Sunday, May 25, 2014

Cara Menghalang burung merbuk dari membuang najis kedalam bekas minuman atau makanan

Cara Menghalang burung merbuk dari membuang najis kedalam bekas minuman atau makanan.

Cara mudah “Do it Your Self” (D.I.Y).  Makanan atau minuman yang tak bersih boleh menyebabkan kesihatan burung terjejas. Contoh penyakit yang berkemungkinan akan terjadi ialah seperti sakit mulut, hilang suara dan bermacam-macam lagi. Disini saya akan ajar macam mana nak menghalangnya mengikut cara saya. Biar ada daripa tak ada langsung. Kalau nak lagi senang boleh la pi beli terus bekas yang digunakan untuk burung siam.

 

Bahan dan alatan yang digunakan.

1.       Dawai Stainless steel atau tembaga kuning saiz 1.0mm atau bahan lain yang agak keras dan tahan karat. Kuantiti 4 dan panjang lebih kurang 7.5 in.

2.       Gam 3 second (Brand 504).

3.       Dua batang buluh yang dipotong. Saiz 0.5 in (panjang) dan 1/8 in (garis pusat). Bahan lain juga boleh digunakan jika difikirkan sesuai.

4.       Cutter.

5.       Sedikit habuk kayu halus.

6.       Pot makanan.

7.       Pot minuman.

8.       Mata penebuk saiz 1.0mm.

9.       Mesil penebuk.

Barang (1) Barang (2)

 

Cara-cara membuatnya

1.       Tanda dengan penanda seperti gambar di bawah

Step (1)  Step (2)

2.       Pelekat buluh pada bahagian yang ditanda dengan meletakkan sedikit gam. Lihat gambar di bawah.

 Step (3)

3.       Untuk menguatkan lagi kelekatan buluh dengan pot. Kita per tambah sedikit serbuk kayu dan letakkan gam. Seperti yang saya tunjuk pada gambar dibawah. Proses ini diulang sehingga selesai dari pot makanan dan pot minuman.

Step (4)

Step (5)

Step (6)

Step (7)

Step (8)

4.       Tebuk lubang dengan penebuk yang menggunakan mata 1.0mm. Lokasi betul-betul tegak dan tengah dengan buluh yang kita pelekat tadi. Kedalaman ikut kesesuaian anda. Lihat gambar dibawah untuk lebih jelas.

Step (9)

Step (10)

5.       Masukkan dawai tadi kedalam dua2 belah lubang yang di tebuk tadi dan letakkan sedikit gam. Lihat gambar dibawah untuk lebih jelas.

Step (11)

Step (12)

Step (13)

Step (14)

 

 

Itulah sedikit sebanyak secara ringkas penerangan yang dapat saya berikan.

Semoga berjaya mencuba.